Pelik! Lelaki Ini Dibayar Gaji Untuk 'Melihat' Cat Mengering .

 Dr. Thomas Curwen, penyelidik berasal Berkshire, England dibayar untuk "melihat" proses cat mengering. Thomas telah menekuni proses ini selama 4 tahun terakhir untuk syarikat cat Dulux. Pekerjaannya setiap hari adalah meneliti perubahan warna dan zarah pada cat ketika mengering baik di permuakaan dinding mahupun secara mikroskopik. Pemeriksaan ini adalah bahagian yang sangat penting untuk memastikan cat benar-banar tahan lama dan tidak pecah apabila disentuh.

 "Ketika aku berkata pada orang-orang apa yang saya lakukan, mereka mentertawakanku," kata Thomas. "Aku selalu dikomentari, 'Itu pasti pekerjaan paling membosankan di dunia'. Mereka fikir aku memandang dinding dan melihat jam memastikan berapa jam proses pengeringnya. Kalau seperti itu aku juga akan bosan.

 "Thomas menjelaskan bahawa 1 liter cat mempunyai berbilion-bilion zarah yang harus ia teliti. Maka tidak hairan, jika ia mengaku pekerjaannya ini cukup meletihkan.

 "Untuk memahami kelajuan keringnya cat, kami harus memperbesar gambar partikelnya 25 ribu kali ganda," kata Thomas. Lelaki berusia 34 tahun itu perlu memahami proses yang berlaku antara cat, penyejatan air dan filem.

 Jika prosesnya tidak difahami dengan betul maka filmnya boleh pemedih mata apabila mengering. Selain itu, ia juga harus meneliti perbezaan zarah dan polimer sebagai pengikat kompaun cat agar boleh dipakai untuk mengecat permukaan.
 

Jom saksikan video berikut ini; 


0 Komentar untuk "Pelik! Lelaki Ini Dibayar Gaji Untuk 'Melihat' Cat Mengering ."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info