THE HAGUE: Presiden Russia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat mangsa dan kotak hitam pesawat malang MH17 yang terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine.
Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD.
“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam dan Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk kedua-dua perkara itu,” kata jurucakap itu.
Sebahagian daripada 298 orang dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikatakan ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.
Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa.
Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. - AFP
popular post
-
Seorang wanita, Quan Youzhi yang berusia 66 tahun tinggal di dalam lubang bawah tanah di sini selama 20 tahun. Youzhi tinggal di dalam lu...
-
7. Wing Chun Disebut-sebut sebagai salah satu seni bela diri paling berimbang (balanced). Wing Chun adalah seni bela diri yang diajark...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan set...
-
Pembaca yang budiman , gambar yang anda lihat di atas adalah adalah sepasang "super Gokusen " hot pants jeans dari retail pakai...
-
Jika anda sedang melawat ke negeri china, berhati-hati bila bertemu dengan wanita ini di china kerana dia sangat brutal. Jika anda tidak ...
-
Mempunyai seorang anak tentunya adalah perkara yang sangat membahagiakan bagi semua wanita. Tidak terkecuali untuk seorang wanita beras...
-
Saat seorang bayi hadir di dalam sebuah keluarga, sesiapa ingin menggendong dan membelainya, terutama si ibu. Namun, keinginan itu perlu ...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "MH17: Putin Janji Bantu Keluarkan Mayat, Kotak Hitam "