MARANG 11 Mac - Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.
Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.
"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. "Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.
Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.
"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.
"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.
Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.
Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.utusan.com.my/
popular post
-
Seorang petani tua di China menunggang babi ketika pergi bersiar-siar atau ke bandar. Cara ini ditempuh sebab kakinya sakit ketika melan...
-
Kucing bernama Garfi ini, mulai banyak dicari oleh peminat kucing di seluruh dunia. Garfi memang mempunyai wajah garang dan kelihatan se...
-
Aksi wanita muda ini menarik perhatian para pemandu ketika ia membonceng di motosikal dengan hanya memakai seluar dalam dan tanpa baju. N...
-
Pembaca yang budiman , gambar yang anda lihat di atas adalah adalah sepasang "super Gokusen " hot pants jeans dari retail pakai...
-
Sekarang adalah zamannya selfie. Ke mana anda pergi, apa yang anda lakukan, lebih baik anda tidak lupa mengabadikannya dengan mengambil p...
-
The luxurious Elysium by Furrion looks like something a James Bond villain would love to own. The start of the art vehicle is designed fo...
-
Jepun – Video seekor kucing memakai kostum monyet menjadi viral di internet dan mendapat 6.7 juta tontonan dalam masa dua hari selepas ...
-
Van Minh Dat, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dikhabarkan terjatuh dari ketinggian kurang lebih 20 meter kerana kakinya tersangkut pa...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "MH370: Penduduk Dengar Dentuman Kuat di Marang"