Tradisi Mengerikan Buang Bayi


"Dulu aku menuruti kemahuan ketua suku kerana tidak punya pilihan. Namun sekarang, setiap kali melihat wanita melahirkan dan memberikan susu untuk bayinya, aku sangat menyesal. Aku merasa kesepian. Tidak ada anak yang ada di sisi aku,"

15 Bayi Yang Aku Lahirkan Dianggap Bawa Sial

Itulah pengakuan Buko Balguda (45 tahun), seorang wanita yang berasal dari desa suku Karo, Omo Valley, Ethiopia. Wanita ini menceritakan kisah pahitnya beberapa tahun yang lalu, apabila 15 bayinya dianggap sebagai mingi (pembawa sial) dan harus dibunuh untuk melindungi seluruh kampung. Tradisi ini telah ada turun temurun dan masih berlaku hingga sekarang. Sekurang-kurangnya 300 bayi mati sia-sia kerana dianggap mingi, disiarkan oleh Dailymail.co.uk.




"AKU mempunyai tujuh bayi lelaki dan lapan bayi perempuan. Di masa itu, tradisi suku kami masih sangat kuat. Saya menghormati tradisi ini, sehingga membiarkan mereka membunuh anak-anak saya,"kata Buko. Namun sekarang, Buko menganggap tradisi ini tidak sepatutnya dipertahankan.

Bahkan Bayi Kembar, Cacat, Dan Gigi Pertama Tumbuh di Atas Dianggap mingi

Selain Buko, masih banyak penduduk suku di Ethiopia yang menganggap tradisi ini sangat kejam. Beberapa bayi yang dianggap mingi adalah bayi yang lahir tanpa izin ketua adat, bayi kembar, bayi dengan cacat fizikal, bayi yang gigi pertamanya tumbuh di rahang atas (berlaku juga untuk anak-anak yang gigi susunya lepas), serta anak yang lahir dari ayah yang tidak berjaya melakukan tradisi lompat kerbau sebelum berkahwin.


 Saat ketua adat menyatakan seorang bayi sebagai bayi mingi, maka bayi itu harus segera dibunuh. Cara membunuh bayi ini juga boleh dikatakan kejam. Bayi itu akan ditinggalkan sendirian di paya hingga meninggal kerana kelaparan atau dimakan oleh binatang buas. Kadang cara yang lebih mengerikan adalah melempar bayi atau anak-anak ke sungai yang penuh buaya.

Kerajaan Ethiopia Melarang Tradisi Ini

Walaupun kerajaan Ethiopia sudah melarang tradisi ini, masih ditemui ritual yang sama. Beberapa ketua adat juga sepakat bahawa tradisi ini tidak perlu diteruskan. Namun masih ada suku-suku yang mempertahankan tradisi mingi, dianggarkan setiap tahun 300 bayi meninggal sia-sia kerana dianggap membawa sial. Menangani hal ini, telah banyak institusi sosial dan rumah anak yatim mau menampung anak-anak yang dianggap minggi dan membesarkan mereka.


Salah satu ibubapa yang berusaha melindungi bayinya yang dianggap mingi adalah. Selepas ketua adat menyatakan bayinya adalah bayi mingi, lelaki ini terus menyerahkan bayinya pada polis dan meminta mereka mendapatkan bayinya. Sekarang bayi itu sudah berusia kanak-kanak kecil dan kelihatan sihat. Banyak warga suku melakukan perkara sama atau meletakkan bayinya pada rumah anak yatim.

Sampai tradisi benar-benar hilang, para wanita dan ibubapa selalu cemas apabila bayi mereka lahir. Semoga saja tradisi ini tidak lagi menghilangkan nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa.
0 Komentar untuk "Tradisi Mengerikan Buang Bayi "

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info