Chuck Lamb merasa bosan dengan pekerjaannya sebagai juruteknik komputer yang diceburi selama ini. Lelaki 56 tahun ini lantas memutuskan untuk mengejar impiannya yang sudah terkubur, iaitu menjadi seorang pelakon filem. Kerana untuk menjadi seorang pelakon bukan merupakan perkara yang mudah dan senang, Chuck meraih impiannya ini melalui laluan berbeza, dia menjadi pelakon khusus melakonkan mayat di pelbagai filem bergenre seram dan action.
Disiarkan dailymail.co.uk, Chuck Lamb dikenali sebagai 'Dead Body Guy' atau pemeran mayat setelah menghabiskan banyak waktunya untuk membuat pelbagai senario kematian bersama isterinya dan mengabadikannya dalam gambar. Foto-foto tersebut kemudian dia muat naik ke dalam laman web miliknya deadbodyguy.com. Sejak dilancarkan tahun 2005, laman web miliknya itu telah mencapai 50 juta kali klik.
Kemudian Chuck Lamb pun dapat peluang tampil dalam beberapa acara talk show. TIDak berapa lama, impiannya untuk menjadi pelakon mayat menjadi nyata. Dia pun muncul dalam filem horror Vacancy.
Lelaki ini juga muncul dalam beberapa acara televisyen dan filem lain. . Dia pun sangat menikmati pekerjaan uniknya itu.
"Salah satu momen kegemaran saya adalah apabila seorang mayat dijemput untuk mengikuti sesi tanda tangan bersama fans dan mengetahui ternyata banyak orang menginginkan tanda tangan saya," ungkapnya.
Chuck Lamb merasa dirinya sangat sesuai melakonkan peranan mayat kerana kulitnya yang pucat seperti mayat dan kepalanya yang botak sehingga boleh menggunakan segala jenis rambut palsu.
popular post
-
Seorang petani tua di China menunggang babi ketika pergi bersiar-siar atau ke bandar. Cara ini ditempuh sebab kakinya sakit ketika melan...
-
Hati ibubapa mana yang tidak sedih apabila buah hati kesayangannya hilang. Apapun akan dilakukan ibubapa demi mencari anak tercintanya....
-
Oscar Wilde adalah salah seorang penulis terkenal pada abad ke-19. Kucupan lipstik di makam dilakukan oleh para peminat beliau ketika men...
-
Baru-baru ini, sebuah peristiwa yang mengerikan terjadi di Norway. Kira-kira 300 rusa liar mati di kawasan pergunungan di Hardangervidda....
-
Saat seorang bayi hadir di dalam sebuah keluarga, sesiapa ingin menggendong dan membelainya, terutama si ibu. Namun, keinginan itu perlu ...
-
Foto-foto seorang tukang sapu jalan di wilayah Deyang, Sichuan bekerja dengan mengenakan skirt mini hitam, sarung kaki dan kasut tumit ti...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info





0 Komentar untuk "Rela Jadi Mayat"