Pada bulan Ogos 2013, Xiao Li dari Pingu di Zhejiang tiba-tiba pengsan kerana mengalami pendarahan teruk di otaknya. Pendarahan itu berlaku ketika ia bermain game online tanpa henti dan kurang tidur.
Mac 2014, 200 hari selepas ia dirawat di Hospital Shenzhen, seorang jururawat menyedari bahawa Xiao Li menunjukkan respon meskipun sangat minimum. Sebelum itu, lelaki ini memang sama sekali tidak boleh menggerakkkan jarinya.
Namun pada awal tahun 2015, jururawat mengambil sekeping wang 100 yuan dari poketnya untuk menarik perhatian Xiao Li. Saat itu, ada seseorang di samping Xiao Li yang memberitahunya bahawa dia boleh mengambil wang tersebut.
Secara mengejutkan, pemuda itu ternyata mampu mengangkat tangannya yang menggeletar untuk mengambil wang tersebut. Itulah pertama kalinya Xiao Li 100 peratus sedarkan diri. Meskipun menghabiskan masa kira-kira lima minit untuk meraih wang, Xiao Li berjaya mencapai kemajuan terbesar dalam masa penyembuhannya.
Doktor Liu yang merawatnya menyatakan pelbagai faktor mempengaruhi kenaikan Xiao Li. Lelaki itu memang masih muda dan menerima rawatan yang tepat untuknya.
"Walaupun (Xiao Li) terjaga, kemampuannya untuk menggerakkan tangannya masih kurang baik," kata Liu. "(Keluarganya) menggunakan lebih banyak wang untuk menarik perhatiannya untuk merangsang reaksinya."
Xiao Li akhirnya memenuhi syarat untuk meninggalkan hospital. Ibu Xiao Li sendiri kini membiarkan anaknya untuk bermain "Fruit Slice" di iPad untuk melatih motoriknya. Tetapi tentu tidak sampai Xiao Li berjaga malam lagi.
popular post
-
Kucing bernama Garfi ini, mulai banyak dicari oleh peminat kucing di seluruh dunia. Garfi memang mempunyai wajah garang dan kelihatan se...
-
Aksi wanita muda ini menarik perhatian para pemandu ketika ia membonceng di motosikal dengan hanya memakai seluar dalam dan tanpa baju. N...
-
Jepun – Video seekor kucing memakai kostum monyet menjadi viral di internet dan mendapat 6.7 juta tontonan dalam masa dua hari selepas ...
-
Van Minh Dat, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dikhabarkan terjatuh dari ketinggian kurang lebih 20 meter kerana kakinya tersangkut pa...
-
Ketika sebahagian pasangan menghabiskan masa semasa Hari Valentine, tidak demikian dengan Manusia yang masih single . Meskipun banyak p...
-
Sekarang adalah zamannya selfie. Ke mana anda pergi, apa yang anda lakukan, lebih baik anda tidak lupa mengabadikannya dengan mengambil p...
-
The luxurious Elysium by Furrion looks like something a James Bond villain would love to own. The start of the art vehicle is designed fo...
-
Hidung ternyata tidak hanya berfungsi sebagai alat pernafasan saja. Seorang lelaki India baru-baru ini menggunakan hidungnya untuk menaip...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


0 Komentar untuk "Koma Setahun Gara-Gara Sekeping Wang Kertas."