Perkampungan Aneh Ini Tidak Akan Kelihatan Selamanya Dari Pandangan.


Ini adalah sebuah perkampungan yang terletak di Iran. Terletak tinggi di atas lereng gunung hutan, selamanya kampung ini tidak kelihatan kerana tertutup oleh kabus.

Kampung Masouleh terletak di Wilayah Gilan, Iran, sekira 60 km dari laut Kaspia. Kampung ini hampir tidak kelihatan kerana selamanya tertutup oleh kabus. Namun jika kabus tidak nampak, Masouleh merupakan tontonan yang luar biasa. Rumah-rumah yang dibina di lereng kelihatan amat jelas.


 Masouleh terletak kira-kira 1,050 meter di atas permukaan laut. Kerana susun atur bangunan di kawasan ini cukup unik, motosikal tidak dibenarkan untuk masuk dan melintas di kawasan ini. Tidak ada satu pun kenderaan yang boleh beroperasi kerana tanah di kawasan ini berteres dan berlorong-lorong.

Di antara rumah-rumah, terselit lah sebuah jalan yang sempit yang berliku-liku sebagai akses keluar masuk kampung. Hampir semua bangunan di kawasan ini dibuat dari tanah liat dan kayu, serta berteres-teres. Bahkan, bumbung dari bangunan ini boleh digunakan untuk berjalan. Sungguhpun bangunan yang cukup menakjubkan bagaimana sebuah bumbung bangunan juga berfungsi sebagai sebuah kaki lima
.



Kerana lokasinya berada cukup tinggi, iklim di kampung ini berbeza dari kawasan Iran yang lain yang cenderung kering dan panas. Di kampung ini cuaca sangat panas dan lembap. Angin bertiup dari barat daya, sehingga mencipta hujan lebat, serta kabus di sisi utara pergunungan. Akibat hujan yang melimpah, kawasan ini melahirkan sebuah hutan tebal beserta sungai yang airnya memancar ke segala daerah.



Kampung ini dibinakan hampir seribu tahun yang lalu. Kawasan ini pernah menjadi akses keluar masuk para pedagang yang datang dan keluar dari Iran. Namun kini, semenjak di dapati oleh beberapa pelancong, kampung ini selalu berkembang menjadi destinasi pelancongan popular di Iran, seperti yang dilaporkan oleh dari Amusingplanet.





0 Komentar untuk "Perkampungan Aneh Ini Tidak Akan Kelihatan Selamanya Dari Pandangan."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info