Pakai Baju Sama Selama 3 Tahun.
Saat pagi akan pergi kerja, sebahagian daripada anda mungkin akan menatap ke dalam almari dan berfikir "Mahu pakai baju yang mana hari ini?" Dan anda akan berdiri beberapa minit untuk memilih-milih baju. Sedarkah anda bahawa hal tersebut telah membuang masa anda ?
Dikutip dari dailymail.co.uk, wanita bernama Matilda Kahl jadi sering datang lewat ke pejabat hanya kerana terlalu lama memilih baju yang akan ia kenakan. Kebetulan, pejabat tempatnya bekerja tidak mewajibkan para pegawai untuk mengenakan seragam. Namun ketika merasa kebebasan dalam berpakaian tersebut membuat waktunya sedikit terbuang, ia memutuskan untuk menggunakan 'seragam'.
Belajar dari pengalaman itu, Matilda berfikir, mengapa dirinya tidak membuat pakaian seragam untuk dirinya sendiri. Kemudian perempuan cantik berambut perang itu menentukan pakaian seragam, iaitu seluar panjang hitam, jaket hitam dan kemeja putih dengan tali leherkulit berwarna hitam sebagai pelengkapnya. Ia membeli 15 jenis pakaian itu dari sebuah kedai pakaian.
Banyak orang yang memberikan komen terhadap keputusan Matilda tersebut, dan beberapa di antaranya adalah komen negatif. Ada yang bertanya "Kenapa dia tidak menyiapkan bajunya malam hari sebelum ia bekerja?" Matilda hanya menjawab bahawa hal tersebut tidaklah menyelesaikan masalahnya, kerana hal tersebut tetap akan membuat kehilangan waktunya untuk tidur di malam hari.
Matilda bukanlah orang pertama dan satu-satunya yang menggunakan strategi ini untuk menjimatkan masa. Telah ada dua usahawan yang berjaya yang melaksanakan cara seperti ini iaitu Steve Jobs dan Mark Zuckerberg.
0 Komentar untuk "Pakai Baju Sama Selama 3 Tahun."