Beg Tangan I Seperti Kucing .


Kucing, merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling digemari. Tidak hanya itu, kerana bentuknya yang comel kucing seringkali dijadikan model untuk pelbagai aksesori.

Salah satunya seperti trend yang sedang popular di Jepun. Perempuan dan para remaja saat ini sedang menggemari beg dengan bentuk seekor kucing.

Menariknya, beg tersebut mempunyai bentuk hingga tekstur bulu yang benar-benar serupa dengan haiwan comel itu. Bahkan jika dilihat sekilas saja tidak akan kelihatan perbezaannya.

Trend ini pertama kali dibawa oleh pemilik akaun Twitter @ picopoco08. Ia menggambarkan dirinya sebagai seorang suri rumah tangga pecinta kucing dan menikmati "membuat" kucing.




Baru-baru ini, akaun tersebut sempat memuat naik foto sebuah beg berbentuk kucing dengan tiga warna. Lucunya, gambar tersebut langsung popular dan mendapat banyak komen.

Lebih luar biasanya lagi, pemilik akaun mengaku beg tersebut merupakan hasil kerajinan tangannya sendiri. Sejak saat itulah beg berbentuk kucing itu selalu terjual habis dalam masa yang singkat.

Beg-beg tersebut dijual dengan julat harga 60,000 Yen  hingga 80,000 Yen. Jika melihat foto-foto di atas tidak hairan beg-beg tersebut boleh laris dijual dalam masa singkat.

Related Post

  • Pejabat Pos Dsar Laut     Terletak 50 meter dari pantai  Pulau Hideaway, Republik Vaunatu, tiga meter di bawah permukaan…
  • Manusia Pertama Boleh Melihat Dalam Gelap Generasi baru dengan perkembangan dan bakat yang luar biasa muncul di muka bumi , salah satunya , Nong Yousui . Kana…
  • Buat Rumah Dalam Tanah  Polis Kansas City di Missouri Amerika Syarikat mencari penempatan orang-orang kehilangan tempat tinggal. Yang m…
  • Cuci Mata Guna Pisau  Tukang gunting rambut di Wilayah Sichuan , China, telah mempunyai amalan seni pembersihan mata dengan pisau taja…
  • Kolam Renang Paling Sesak di Dunia Dengan penduduk kira-kira 1.3 bilion orang, sebahagian masyarakat di China menghabiskan musim panas mereka dengan mel…
0 Komentar untuk "Beg Tangan I Seperti Kucing ."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info