Aroma Dahi Kucing Yang Pertama Dihasilkan di Jepun.


 Kucing merupakan haiwan yang disukai oleh manusia. Mempunyai bentuk dan rupanya yang sangat comel, tidak hairanlah banyak orang menjadikan kucing sebagai inspirasi untuk anak patung, baju hingga hiasan.

Bahkan sebuah syarikat berasal dari  Jepun, FELISSIMO mencipta sebuah produk yang sangat unik. Mereka membuat pengharum dalam botol dengan aroma dahi kucing.

Pengharum yang diberi nama "Mohu Mohu Odeko no Kaori" (aroma dahi berbulu) ini dihasilkan setelah syarikat melakukan pelbagai penyelidikan pada pelanggan. Banyak yang mengungkap jika dahi kucing mempunyai aroma seperti sinar matahari, futon yang dijemur atau roti manis.




Berdasarkan data itulah, syarikat cuba untuk membuat pengharum ini mempunyai aroma seakan mungkin. Selepas melakukan kajian selama empat bulan akhirnya produk ini telah dikeluarkan.

Pengharum ini dijual pada harga 1,293 Yen . Namun, pelanggan juga boleh membeli sepaket dengan bantal kucing yang terdapat dalam tiga pilihan warna pada harga 3,125 yen.





0 Komentar untuk "Aroma Dahi Kucing Yang Pertama Dihasilkan di Jepun."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info