Lelaki Ini Masak Nasi di Lapangan Terbang
Kejadian ketinggalan kapal terbang memang sering bikin panik. Belum lagi jika kita kehabisan wang untuk mengejar kapal terbang berikutnya.
Seorang lelaki dirakam kamera sedang memasak nasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Lelaki berasal dari Shandong tersebut kelihatan menunggu rice cooker-nya, menanti nasinya masak.
Setelah dikesan oleh wartawan, rupanya lelaki tersebut ketinggalan connecting flight ketika akan pulang ke Shandong dari Singapura. Selepas berhenti bekerja di bidang pembinaan di Singapura, ia memutuskan untuk pulang ke Shandong.
Namun malang, ketika tiba di Hong Kong dan menanti kapal terbang yang akan membawanya ke Shandong, ia malah tertidur di bangku lapangan terbang. Akibatnya, ia ketinggalan pesawat.
Bingung tidak punya wang untuk beli tiket kapal terbang yang baru atau beli makanan, ia memutuskan untuk memasak nasi dengan rice cooker yang ia bawa. Tindakan itu mengundang perhatian awam dan para wartawan.
Lelaki bernama Wu Jiayong itu sudah beberapa kali bekerja di luar negera sejak tahun 2009. Ia putuskan bekerja di Singapura kerana menghantar wang untuk keluarga. Kedua ibubapanya sudah tua, isterinya tidak boleh menampung semua keperluan dengan gaji kecil bekerja di pasar raya, sementara anaknya terpaksa membayar yuran sekolah . Hanya saja baru sebulan bekerja di Singapura, ia memutuskan untuk keluar kerana gaji yang diberikan tidak sesuai dengan yang dijanjikan sebelumnya.
Berkat bantuan para wartawan, akhirnya Wu boleh mendapatkan makanan yang setimpal dan sampai di rumah dengan selamat. Walaupun Wu sempat ditimpa kemalangan, tapi akhirnya ia berjaya pulang dengan bantuan orang-orang baik di sekitarnya. Saat beritanya tersebar di dunia maya, Wu juga punya gelaran baru "Rice Cooker Bro", unik juga ya.
0 Komentar untuk " Lelaki Ini Masak Nasi di Lapangan Terbang"