Ular Sawa Telan Buaya




Queensland: Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra.

Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter.


“Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. “Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya.

Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat.


“Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular,” katanya.


Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.


ULAR sawa berkenaan membelit buaya sehingga mati.

Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. “Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya,” katanya. -myMetro.

Related Post

  • Komputer Paling Kecil di Dunia Gambar Hiasan  Michigan Micro Mote, dan telah menyandang gelaran komputer paling terkecil di dunia dengan ukuran…
  • Ikan Jerung Berkepala Besar Yang terlintas dalam fikiran kebanyakan orang bila bicara soal ikan jerung mungkin tidak akan jauh dari anggapan ikan…
  • Rupa rupanya Dalam Pokok Ada Restoran Sunland Baobab merupakan sebatang pokok Baobab yang sangat terkenal di Afrika Selatan. Ia dianggarkan berusia 6000 ta…
  • Banduan Paling Hensem di Dunia Dunia maya sempat digemparkan dengan wajah Jeremy Meeks, seorang lelaki 30 tahun dari California, Amerika Syarikat. Je…
  • Masak Hotdog Guna Tangan Lelaki bernama Biba struja, yang mempunyai kemampuan luar biasa untuk menahan voltan tinggi apabila ia sengaja menarik…
0 Komentar untuk "Ular Sawa Telan Buaya "

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info