Main Tarik Tali Guna Kepala


Dikenali dengan nama Goanna Pulling, sukan ini sebenarnya sama seperti tarik tali namun menggunakan leher atau kepala.

Seperti seperti permainan tarik tali, permainan ini memerlukan peserta tarik menarik. Jadi kedua pemain akan meniarap di lantai dengan posisi berhadapan. Kemudian leher atau kepala mereka disangkut tali yang direka khas untuk permainan ini kemudian saling menarik lawannya.

Kerana menggunakan leher tentu saja diperlukan kekuatan leher yang sangat kuat untuk memenangi perlawanan. Layaknya tarik tali, pertandingan ini boleh berlangsung beberapa saat tapi juga berminit-minit bergantung kekuatan peserta. Leher yang paling kuat yang bakal menang.



Goanna sendiri bermaksud sejenis cicak dan dijadikan nama permainan ini kerana kedudukan pemainnya dianggap mirip cicak. Ketika meniarap dengan perut menyentuh lantai mereka bertumpu pada tangan dengan kepala terangkat mirip dengan kedudukan cicak.





Asal pertandingan ini dari abad ke-19 tapi baru menjadi pertandingan kebangsaan pada 1984 di bandar Wooli, New South Wales, Australia. Di sana pertandingan diadakan setiap tahun yang diikuti dari seluruh pelosok Australia dengan kategori lelaki, wanita hinggalah kanak-kanak. Pemenangnya berhak mendapat hadiah wang tunai.



0 Komentar untuk "Main Tarik Tali Guna Kepala"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info