China Bina Matahari Buatan


China telah berjaya membina matahari buatan yang mencecah suhu 100 juta darjah Celcius sebagai sebahagian projek menjadikan gas hidrogen tenaga hijau dengan kos efektif.

Suhu reaktor matahari buatan itu direkodkan enam kali ganda daripada teras bintang paling hampir dengan Bumi itu.


Projek itu mencapai kejayaan minggu ini apabila ia mencecah suhu tersebut buat kali pertama yang dipercayai suhu di mana percantuman nuklear berlaku.

Saintis di Institut Sains Fizikal Hefei mengumumkan pencapaian mesin pelakuran itu pada Selasa lalu.

Digelar Eksperimen Advanced Superconducting Tokamak (EAST), projek itu bertujuan untuk lebih memahami proses gabungan tenaga nuklear sebelum membina reaktor penuh.



Saintis di seluruh dunia kini berlumba-lumba untuk membina reaktor operasi pelakuran pertama di dunia yang dipercayai mampu menyelamatkan planet ini daripada krisis perubahan iklim. –kosmo.my


Jom saksikan video menarik ini:


0 Komentar untuk "China Bina Matahari Buatan"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info