Semua ahli keluarga Pullan dari Delhi yang berjumlah 8 orang menderita kelainan genetik yang jarang berlaku sama yang disebut albinisme atau albino , yang ditandai dengan tidak adanya pigmen melanin dalam kulit dan rambut.
Kerana keadaan ini , Rosetauri Pullan , isterinya Mani bersama tiga puteri mereka Renu , Deepa dan Pooja dan tiga putera mereka Shankar , Ramkishan dan Vijay mempunyai kulit yang sama, rambut putih dan mata berwarna terang walaupun seorang India.
Kulit putih pucat mereka tidak membolehkan bagi mereka untuk berada di bawah sinar matahari terlalu lama. Kurangnya pigmen di mata mereka telah membuat penglihatan mereka tidak terlalu bagus dan Shankar bahkan dipaksa untuk menghadiri sekolah untuk orang buta.
Hanya ada sekitar 17,000 orang di dunia yang menderita albinisme dan beberapa dari mereka yang kurang beruntung tinggal di negara- negara membangun, seperti Pullan dimana mereka mendapat perlakuan diskriminasi .
Jom saksikan Video Menarik Ini:
Rosentaturi dan Mani sudah bersama sejak perkahwinan mereka pada tahun 1983. Mereka sekarang hidup dengan semua anak -anak mereka dalam satu bilik tidur di Delhi.
Renu , puetri sulung mereka sudah berkahwin dengan seorang lelaki albino dan telah melahirkan Dharamraj , yang juga menderita albinisme , Kakaknya yang tertua , Vijay , juga berharap suatu hari ia akan menikahi seorang wanita albino dan memulakan keluarga sendiri.
0 Komentar untuk "Keluarga Albino Terbesar DiDunia"