Jom Saksikan Keindahan Gunung Marmar Ini


Bagi pelancong yang sedang berkunjung ke Taiwan, tidak ada salahnya datang ke tempat yang unik ini. Pergunungan Taroko Gorge di Taiwan boleh menjadi salah satu destinasi pelancongan kerana pemandangannya yang sangat cantik.

Taroko Gorge juga dikenali dengan nama "Marble Gorge", kerana melimpahnya marmar yang tersebar di dekat kawasan pergunungan tersebut. Marmar sepanjang 19 km terbentang di kawasan pergunungan Taroko Gorge. Tempat ini terletak di utara Hualien, pantai timur Taiwan, tidak jauh dari Lautan Pasifik.

Pelancong dapat menikmati indahnya Taroko Gorge melalui jalan yang dibina di pinggir dinding gunung tersebut. Meskipun jalannya sangat sempit dan berliku-liku, namun tidak akan mengurangkan kecantikan pemandangan yang terlihat di kawasan tersebut. Tidak hanya itu, pengunjung dapat melihat Tunnel of Nine Turns, terowong popular yang akan menunjukkan keindahan pergunungan Taroko Gorge dengan lebih dekat.

Suhu pergunungan Taroko Gorge saat musim panas rata-rata 25 darjah Celsius. Sedangkan pada musim sejuk berkisar 12-16 derajat Celsius. Di pergunungan ini, biasanya turun hujan pada siang hari.








0 Komentar untuk "Jom Saksikan Keindahan Gunung Marmar Ini"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info