Bas Ini Guna Najis Untuk Bergerak
England telah melancarkan bas yang menggunakan bahan bakar dari najis manusia di Bristol.Bas berkapasiti 40 penumpang itu menggunakan gas hasil olahan najis manusia dan sampah makanan di England.
Bas itu boleh menempuh jarak hingga 300 kilometer jika tangki gasnya diisi penuh. Untuk mengisi tangki bas sampai penuh diperlukan gas dari najis manusia yang jumlahnya bersamaan dengan najis lima orang selama satu tahun.
"Dianggarkan ada 10,000 penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan ini setiap bulan, bukan saja untuk pergi ke lapangan terbang tetapi juga ke destinasi-destinasi lain sepanjang laluan ini," kata Collin Field, salah satu pengarah Bath Bus.
Gas dari najis manusia itu dihasilkan di pusat pemprosesan sisa dan sampah milik GENeco di Bristol. Syarikat itu minggu ini akan menjadi syarikat pertama di England yang membekalkan gas dari sampah makanan dan najis manusia ke rangkaian pengedaran gas nasional England.
"Dengan mengolah sisa dan sampah makanan kami boleh menghasilkan biometana yang boleh menghasilkan gas untuk rangkaian gas nasional, yang menjangkau 8,500 rumah dan mempunyai Bio-Bus," kata Mohammed Saddiq, General Manager GENeco.
0 Komentar untuk "Bas Ini Guna Najis Untuk Bergerak"