Luar Nampak Buruk Tapi Dalam..
Salah satu rumah yang sangat unik di dunia, iaitu sebuah pondok usang yang diperkirakan sudah berusia 200 tahun yang ada di sebuah lereng pergunungan Alps, Switzerland terlihat sekilas sangat buruk dan menyeramkan, akan tetapi jika anda melihat ke dalamnya, maka anda akan sangat tercengang dengan dalaman mewah bak di dalam Istana dahulu kala.
Rumah usang tersebut terbuat dari sususnan batu-batu dan kayu yang disusun sedemikian rupa. Walaupun dari luar rumah kelihatan lusuh dan menyeramkan, akan tetapi dalaman pondok ini sangat menakjubkan dengan banyak kemudahan mewah termahal di zamannya. Sekilas, kamu hanya akan berfikir jika ini hanyalah sebuah pondok tanpa penghuni dan didalamnya penuh dengan serangga kerana tidak terurus.
Apabila pondok yang sudah dibina semenjak 200 tahun dahulu, ternyata sudah direka dengan dibina semula oleh salah satu syarikat dalaman dan seni bina berasal dari Basel, Buchner Brundler Architekten. Ternyata, usaha dari Syarikat tersebut yang sengaja mengkonstruksi bangunan berjaya membuat banyak orang berasa kagum.
Buchner Brundler Architekten, terus merombak besar-besaran pada dalaman rumah, dengan melaksanakan sebuah reka bentuk sentuhan yang sangat moden yang dipadankan dengan kayu juga batu, sehingga pondok ini nampak sangat mewah sekali. Pondok yang letaknya di wilayah Linescio, Switzerland sudah dilengkapi dengan kemudahan moden, sebut saja gas, elektrik, air panas, sampai jakuzi, sungguh pondok usang dalaman moden bak di Istana Raja.
0 Komentar untuk "Luar Nampak Buruk Tapi Dalam.."