Penemuan Ular Berkaki 4
Penemuan mengejutkan baru saja dirungkai para saintis. Mereka telah mendapati bahawa beratus-ratus tahun lalu, ular mempunyai empat kaki yang "melekat" di tubuh panjang haiwan melata itu.
Kesimpulan ini diambil berdasarkan penemuan fosil di Brazil yang dianggarkan berumur 113 tahun. Dengan ini dipastikan bahawa ular moden yang kini hidup telah mengalami evolusi.
Para saintis percaya bahawa keempat kaki tersebut mempunyai fungsi masing-masing. Kaki depan dipercaya berguna untuk menangkap mangsa sedangkan yang belakang digunakan untuk membantu berjalan.
Namun penemuan ini rupanya telah memantik perdebatan di kalangan penyelidik dan paleontologi. Kaki ular diduga juga berguna untuk membantu si haiwan menggali, namun ada pula yang percaya bahawa kaki tersebut digunakan untuk berenang.
Dr Nick Longrich dari University of Bath menyatakan bahawa ular yang dijumpai itu adalah ular darat. Ini memperkuat dugaan bahawa ular ini memang bukan haiwan air yang perlu berenang.
"Ini adalah fosil ular paling primitif yang dikenali dan itu cukup jelas tidak (berkembang) di air," katanya. "Ini cukup jelas, (kaki tersebut) digunakan untuk menggali."
Tubuh haiwan ini adalah 19.5 cm dengan panjang kaki masing-masing 4mm dan 7mm. Menurut Longrich, kaki tersebut juga dilengkapi cakar yang sesuai untuk menangkap mangsa dan menggali.
0 Komentar untuk "Penemuan Ular Berkaki 4"