Sudah 4 Dekad Kawah Ini Berapi


Sebuah kawah besar yang terbakar di tengah Gurun Karakum ini boleh menjadi tempat pelancongan baru di Turkmenistan.

Terletak kira-kira 270 kilometer sebelah utara Ibukota Ashgabat berhampiran Perkampungan Derweze, "Pintu menuju neraka" ini disebut sebagai bekas peninggalan dari hasil dari kajian yang pernah dilakukan oleh para saintis Soviet. Pejabat Pelancongan Turkmenistan berharap ini akan sebuah objek pelancongan baru di Turkmenistan dan membantu meningkatkan jumlah pengunjung pelancongan yang ketika ini hanya 12,000 hingga 15,000 orang daripada kira-kira 50 negara setiap tahun.

"Pit" begitulah sebutan untuk pintu neraka ini terletak di dalam bekas sebuah kawasan pemprosesan sumber gas , yang kemudian runtuh pada tahun 1971. Bimbang bahawa sejumlah besar gas metana boleh dipancarkan dari lokasi ini dan membahayakan bandar terdekat, para saintis membuat keputusan untuk membakar.



Lebih daripada empat dekad kemudian, walaupun kawah tersebut masih terbakar dan beratus-ratus pelancong berduyun-duyun untuk mengunjunginya setiap tahun, kerajaan negara tempatan sekarang masih terus mencari cara untuk mengubahnya menjadi objek pelancongan yang paling utama untuk menarik para pelancong lebih banyak lagi.

Pintu neraka ini telah menarik lebih banyak minat setiap tahun, terutama di kalangan pelancong asing. Padang pasir ini akan menjadi destinasi untuk pelbagai jenis pelancongan, mulai dari lokasi untuk sukan-sukan ekstrim, para pencinta alam boleh berdiri tepat di tepi lubang, walaupun berbahaya kerana tidak dipagari dan boleh mencapai suhu lebih daripada 50 darjah dengan kemungkinan boleh terjadi tanah runtuh, sehingga pengunjung disyorkan untuk berhati-hati.



Tidak ada tanda-tanda jalan untuk menuju pintu neraka yang sesungguhnya di dalam kawasan Karakum Desert (disebut juga dengan Black Sands), kerana ini merupakan bekas kawasan pemprosesan sumber bumi yang dibina dari manusia.

Perlu diketahui bahawa wilayah ini mempunyai kawasan gas terbesar di dunia dan juga merupakan sebahagian dari cagar alam yang telah dirasmikan pada tahun lalu dengan kawasan seluas 90,000 hektar.


 
 



0 Komentar untuk "Sudah 4 Dekad Kawah Ini Berapi"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info