Tidur Bersama Babi


Mempunyai haiwan peliharaan memang menyeronokkan, terutama bagi mereka yang cinta akan haiwan. Ada beberapa haiwan yang boleh dipelihara dan mampu menuruti segala perintah tuannya, seperti anjing atau kucing.

Mempunyai
haiwan peliharaan juga memerlukan perhatian khusus, seperti keperluan akan kesihatan, kebersihan, hingga kandangnya. Namun tidak sedikit juga mereka yang mengajak haiwan peliharaannya seperti anjing dan kucing tidur bersama.

Tetapi apa jadinya jika bukan kedua
haiwan peliharaan tersebut, yang berkongsi katil dengan tuannya, tetapi seekor babi? Tentu bagi sebahagian besar orang akan merasa jijik, kerana babi biasanya sinonim dengan kotoran dan lumpur.

Tetapi tidak bagi gadis berumur 27 tahun berasal dari Beijing, China ini. Ia rela tidur bersama babinya setiap hari, bahkan mengajaknya untuk berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik.

Gadis bernama Zhu Chou ini telah membeli babinya sekitar tiga tahun lalu melalui internet, dan kini beratnya telah mencapai 85 kilogram. Namun ia tidak ragu berkongsi katil dengan peliharaannya tersebut, mencium, bahkan memeluknya dengan erat.

Ia juga kerap menghantar foto babi bernama Wuhua tersebut ke jejaring sosial miliknya. Banyak yang menyebutnya aneh, namun tidak sedikit juga yang memuji peliharannya tersebut, bahkan ingin mempunyai satu yang mirip dengannya.





0 Komentar untuk "Tidur Bersama Babi"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info