Pasti Membesar Jika Terkena Air
Batu membesar di negara Romania negara yang digambarkan sebagai tempat asal Vampire ini ada batu yang bernama Trovants batu ini hidup, kerana akan membesar jika terkena air hujan. Trovants ditemui di sebuah desa di Costeşti, Romania. Batu aneh ini semakin besar ketika hujan dan boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain tanpa bantuan orang yang menggerakkannya.
Seperti diterbitkan oleh Oddity Central, batu Trovants merupakan fenomena geologi yang sangat menakjubkan. Batu-batu unik ini tumbuh seolah-olah mereka hidup. Batu unik ini dihasilkan oleh aktiviti seismik.
Trovants tumbuh apabila terkena air, batu kecil berukuran enam hingga lapan millimeter dan akan menjadi besar hingga berukuran enam hingga sepuluh meter. Trovants terdiri dari inti batu, dengan kulit luar berupa pasir. Setelah hujan lebat, batu-batu kecil itu akan berubah bentuk menjadi lebih besar.
Beberapa saintis melakukan kajian untuk menjelaskan keanehan yang terjadi dengan batu Trovants. Para saintis mempercayai bahawa di bawah bahagian batu mengandungi unsur mineral yang tinggi. Sehingga apabila permukaan menjadi basah, mineral mula merebak dan akan menekan pasir untuk membesar. Hal inilah yang membuat batu-batu itu membesar.
Batu-batu Trovants ini menjadi salah satu daya tarikan pelancongan yang popular di Romania. Muzeul Trovantilator adalah sebuah muzium untuk melindungi batu unik ini yang telah dirasmikan pada 2004 silam. Pada masa ini Batu Trovants telah dilindungi oleh UNESCO.
0 Komentar untuk "Pasti Membesar Jika Terkena Air"