Pernahkah anda melihat hantu? Atau mungkin anda pernah menangkap hantu yang juga ikut wujud apabila anda cuba foto selfie? Percaya atau tidak, kewujudan hantu memang benar adanya. Dan hanya orang-orang tertentu yang dikatakan boleh melihat hantu secara live.
Tapi, seiring perkembangan alat teknologi dan kamera yang semakin berkembang, beberapa orang mengaku tidak sengaja mengambil gambar kewujudan hantu yang tiba-tiba muncul di sekitarnya.
Dikutip dari laman dailymail.co.uk, seorang lelaki bernama Kim Davison dikatakan telah menangkap hantu dengan kamera telefon bimbitnya. Peristiwa bermula ketika ia dan keluarganya bercuti ke salah satu tempat berkelah di sungai Murphy Hole, Helidon, Quessland, Australia.
Dalam foto tersebut, nampak gambar 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Namun, perempuan dewasa yang terdapat di dalam gambar tersebut mengatakan bahawa saat pengambilan foto, hanya terdapat 2 orang dewasa dan 3 kanak-kanak sahaja. Lalu siapa kanak ke empat tersebut?
Kanak ke empat yang tertangkap mata kamera mempunyai wajah serba putih dan mata yang gelap. Saat pengambilan foto tersebut, anak perempuan Davison mengaku bahawa kakinya serasa diraih dua kali oleh sesuatu di dalam air. Sungai di mana keluarga Davison mengambil foto memang dikenali seram dan cukup berhantu.
Selepas foto mereka di posting di facebook oleh Davison, banyak netizen yang mengulas mengenai foto tersebut. Tidak sedikit netizen percaya bahawa itu adalah foto hantu. Foto tersebut mengingatkan kembali peristiwa tenggelamnya seorang gadis 13 tahun di tahun 1915 lalu yang bernama Doreen O'Sullivan.
Tidak sedikit yang percaya bahawa foto tersebut adalah hantu Sullivan. Gadis 13 tahun tersebut diketahui meninggal saat ia mandi di sungai tersebut pada hari Jumaat pada bulan november 1915.
popular post
-
REUTERS GAMBAR yang dikeluarkan Pasukan Pertahanan Australia semalam menunjukkan kapal KD Lekiu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (kiri...
-
Hutan Amazon sudah dikenal mempunyai kekayaan alam semulajadi yang mengagumkan, salah satunya seekor ulat ini. Urodidae adalah ulat belun...
-
Seorang arkitek bernama Ole Scheeren telah merancang pawagam terapung yang terletak di lagun Nai Pi Lae, Pulau Kudu, Thailand untuk Festi...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan set...
-
KEADAAN bayi yang dijumpai Jamsari di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2. Kapar: “Kali pertama melihat wajah bayi tidak be...
-
Pernah dengar kisah tentang Thumbelina, gadis yang mempunyai saiz badan hanya sebesar ibu jari? Mungkin gadis 12 tahun ini boleh disebut ...
-
Semua orang tentu sedar bahawa harimau adalah haiwan yang berbahaya, buas, dan pemakan daging. Bukan hanya daging sesama haiwan, daging m...
-
Poster terpanjang di dunia versi Guinness World Records ini mempunyai panjang 58,87 meter dan lebar 54,94 meter, mengalahkan rekod sebel...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info





0 Komentar untuk "Hantu Muncul Ketika Sedang Mandi"