Gokart Paling Laju di Dunia



Colin Furze kembali mengemparkan dunia dengan penemuannya yang pelik. Dengan membuat motosikal terpanjang, kini ia mencipta sebuah kereta Gokart yang ditambah dengan enjin jet di belakangnya.

Ia menyebut penemuannya tersebut sebagai kereta Gokart paling gila yang pernah ada. Gokart tersebut menggunakan bahan bakar dari diesel dan juga gas. Colin mendedahkan bahawa penemuan terbarunya itu mampu berlumba pada kelajuan 60 mph (batu per jam).

Malah, kenderaan tersebut boleh laju lebih cepat lagi. Walau bagaimanapun, ia mengaku terkendala kerana tidak adanya lintar lumba untuk menguji kereta Gokart tersebut.

Sementara itu, ini bukanlah pertama kalinya Colin membuat penemuan yang pelik. Tahun 2013 lalu, ia mencipta basikal dengan enjin jet di belakangnya. Selain itu, lelaki yang bekerja sebagai tukang paip tersebut juga mencipta kasut magnet yang boleh membuat penggunanya berjalan di dinding seperti Spiderman.

Berikut adalah penemuan terbaru dari Colin:


0 Komentar untuk "Gokart Paling Laju di Dunia"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info