Bunga Ini Akan Bercahaya Jika Manusia di Bawahnya
Banyak karya seni di dunia ini yang sangat menakjubkan. Di tangan orang yang mempunyai jiwa seni tinggi, pelbagai benda boleh menjadi sangat menarik dan artistik.
Contohnya seperti ciptaan unik di Jerusalem ini. Para arkitek yang tergabung dalam HQ architects membuat sebuah lampu jalan yang sangat indah di Vallero Square, Jerusalem.
Lampu jalan yang diberi nama Warde itu berbentuk kelopak bunga dengan tinggi sembilan meter dan lebar sembilan meter. Menariknya, kelopak bunga tersebut akan mekar jika ada orang yang berdiri di bawahnya.
Dilengkapi sensor khas, lampu tersebut akan dapat mengesan jika ada orang yang berdiri di bawahnya atau saat tram lewat. Kelopak itu kemudian akan mekar secara perlahan dan lampunya akan menyala dengan terang.
Lampu tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan ruang awam bagi rakyatnya. Kewujudan Warde tersebut dijangka akan lebih mencantikkan dan memberi kesan fantasi di wilayah tersebut.
0 Komentar untuk "Bunga Ini Akan Bercahaya Jika Manusia di Bawahnya"