Sepasukan doktor membuang sebahagian usus seorang lelaki berusia 22 tahun di China kerana mengandungi 12.7 kilogram najis yang tersumbat dalam ususnya dipercayai bermula sejak lelaki itu masih bayi.
Pakar bedah di Tenth People's Hospital di Shanghai, China, terpaksa membuang ususnya sepanjang 76 sentimeter yang membesar menyebabkan perutnya buncit seperti wanita sarat mengandung.
Jom saksikan video berikut ini:
Menurut laporan Inverse Science, doktor percaya lelaki itu menghidap penyakit Hirschsprung yang menyebabkan usus besar membengkak kerana saraf yang mengawal pembuangan najis tiada.
Pesakit itu menyatakan dia sering mengalami sembelit dan terpaksa menggunakan julap bagi membuang air besar namun masalah dihadapinya berterusan lalu memutuskan membuat pemeriksaan di hospital.
Ujian mendapati najis lelaki itu terkumpul sejak bertahun-tahun menyebabkan ususnya bengkak dan perut buncit.
Dr Yin Lu yang mengetuai pembedahan itu berkata, pasukannya mengambil masa tiga jam untuk memotong dan membuang usus yang bengkak itu sebelum menyambung kembali baki usus besar.
Penyakit Hirschsprung biasanya dihidap seorang bagi setiap 5,000 bayi dan ia amat jarang berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Bagi bayi, antara tanda-tandanya ialah tidak membuang air besar dalam masa 48 jam selepas dilahirkan selain perut bengkak, cirit-birit dan muntah hijau.hmetro.com.
0 Komentar untuk "12 Kg Najsi Tersumbat Dalam Usus Sejak Masih Bayi"