Tugu Peringatan Ini Diperbuat Dari Basikal



The Cyclisk, sebuah tugu besar yang terletak di Santa Rosa, California menjadi pusat perhatian dunia kerana keunikannya.

Tugu yang bentuknya merupakan replika dari Washington Monument ini mempunyai tinggi hampir 20 meter, dan keunikannya adalah kerana monumen ini diperbuat daripada basikal-basikal yang dirangkai dengan jumlah keseluruhan sebanyak 340 basikal.

Tugu raksasa yang unik ini dibuat oleh seniman Mark Grieve dan Illana Spector pada tahun 2010. Setelah mengemukakan cadangan untuk pembuatan tugu dari basikal ini kepada Santa Rosa 's Design Review Board, akhirnya proposal mereka disambut dengan baik dan pengumpulan basikal-basikal pun mula dilakukan.

Keseluruhan tugu ini dibuat dari bahagian-bahagian basikal yang sudah tidak terpakai, yang dikumpulkan dari komuniti berbasikal dan tempat-tempat barang terpakai.

Setelah dikumpulkan kemudian basikal-basikal tersebut dilepaskan rangkaiannya, dibersihkan, baru kemudian dua seniman hebat tersebut mula memulakan projek mereka ini.






Jom saksikan video berikut ini:

Related Post

  • Arak Dari Otak Kambing. Bir merupakan minuman beralkohol yang paling banyak di minum di dunia dan mungkin bir juga menjadi minuman tertua di…
  • Selama 15 Tahun Makan Snek Tidak semua orang boleh merasai nikmatnya memakan pelbagai jenis - jenis makanan . Ada beberapa orang yang mempunyai …
  • Skateboard Paling Mahal Diperbuat Daripada Emas. New York: Ia papan luncur termahal di dunia, dijual dengan harga mengejutkan £9,000 (RM48,830). Papan itu disalut den…
  • Simpan Barang Curi Dalam Perut. Kebanyakan pencuri akan menyimpan barang curiannya di tempat yang paling sukar dicari atau kalau tidak terus menjual …
  • Syarikat Colorado, American Green telah melancarkan mesin penjual ganja automatik pertama didunia yang disebut 'Zazz'…
0 Komentar untuk "Tugu Peringatan Ini Diperbuat Dari Basikal"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info