Berapa wang yang biasanya anda habiskan untuk membeli tisu tandas? Tentu tak sampai membuat poket anda menjadi pokai bukan? Namun berbeza cerita jika anda membeli kertas tandas yang satu ini.
Berjenama Hanebisho, kertas tandas berasal dari jepun ini didakwa sebagai tisu tandas termahal dengan harga mencapai 5,000 yen per rol. Tentunya tisu ini tak dijual unit. Satu pack mengandungi tiga roller tisu Hanebisho dijual 5,000 yen . Sementara pack mengandungi lapan roller tisu dijual 10,000 yen.
Meskipun begitu, syarikat pembuat Hanebisho mendakwa bahawa tisu tandas ini dibuat dari serat kayu dengan high tertinggi dari Kanada yang dibuat menggunakan air paling jernih dari sungai Nyodo di Jepun.
Tisu tandas ini juga dibuat dengan proses pengeringan yang lebih perlahan dan hati-hati untuk membuatnya tambah lembut. Dalam satu hari, hanya ada 150 tisu tandas yang dihasilkan, seperti disiarkan oleh Oddity Central (28/08).
Pembungkusan tisu tandas ini pun tak main-main. Setiap rolnya dibungkus menggunakan Tosha Washi (kertas khusus dari Jepun) dan diletakkan dalam kotak hiasan buatan tangan dari seniman di Kyoto. Berdasarkan laman Hanebisho, kertas tandas ini mempunyai kelembutan yang hampir menyamai sutera.
Bagaimana, berminat untuk mempunyai tisu tandas termahal di dunia ini?
0 Komentar untuk "Tisu Jamban Paling Mahal di Dunia"