Pasti Anda Menangis Lihat Lelaki Ini Menyanyi



Kisah cinta Romeo Juliet mungkin akan kalah dengan kisah kasih pasangan ini. Di usia mereka yang melebihi 90 tahun, Howard dan Laura telah berkahwin selama 73 tahun.

Sebelum ini cucu, Erin Solari, memuat naik video manis dari datuk dan nenek beliau ini ke dalam laman web YouTube dan Facebook. Video berdurasi 3 minit itu memperlihatkan bagaimana usia tidak mempengaruhi kemesraan pasangan ini.

Dalam video tersebut kelihatan Laura yang mengalami kebutaan tengah terbaring tidak berdaya di atas katil. Sementara itu, Howard berdiri di sebelahnya dengan dibantu oleh salah satu ahli keluarga.

Dengan penuh kasih, lelaki 92 tahun itu mengusap wajah isterinya. Kemudian dia menyanyikan sebuah lagu tahun 1940-an, berjudul "You'LL Never Know". Saat menyanyikan lagu ini, Howard terlihat mengeluarkan air matanya beberapa kali.

Lagu ini sendiri dipilih kerana mempunyai sejarah istimewa dalam hidup mereka. Ketika masih muda, lagu ini sering dinyanyikan oleh Laura ketika ditinggal Howard berperang dalam Perang Dunia II, dan ini sudah menjadi lagu cinta mereka sejak saat itu.

Dalam postingannya di Facebook, Erin juga menjelaskan jika lagu ini dibawakan datuk dan nenek beliau secara duet saat mengemaskini sumpah perkahwinan mereka selepas 50 tahun berkahwin. Semenjak dimuat naik ke Facebook, video ini telah ditonton lebih daripada 3.6 juta penonton. Jom video mengharukannya di bawah ini.


0 Komentar untuk "Pasti Anda Menangis Lihat Lelaki Ini Menyanyi"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info