Kubur Ditengah Jalan Raya


 Ada yang unik ketika melalui jalan raya Shangrao di provinsi Jiangxi, China. Diantara jalanan  yang mulus, ada sebuah longgokkan tanah di tengah Jalan yang ramai dilalui kenderaan tersebut.

Bukit itu adalah sebuah kubur yang sudah berusia 55 tahun. Tanah itu milik oleh seorang petani tempatan bernama, Zhang Rongsheng. Zhang mengebumikan ibunya di sana dan kini tanah itu telah dibina sebuah jalan raya.

Meskipun berada di tengah jalan yang dilalui banyak sekali kenderaan, Zhang tetap berkeras untuk mempertahankan makam ibunya. Pada tahun 2013, Zhang menolak memindahkan makam ibunya kerana pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan dinilai tidak cukup.



Sementara itu, makam ayahnya dan satu lagi keluarganya juga dikebumikan di dekat jalan tersebut. Zhang bersedia pemindahkan ketiga makam keluarganya asalkan kerajaan menggantikannya . Projek pembinaan jalan sepanjang 363 meter itu sendiri telah menghabiskan dana sebanyak 13 juta Yuan dan telah selesai Februari lalu.



0 Komentar untuk "Kubur Ditengah Jalan Raya"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info