Jom Saksikan Keindahan Taman Tema Hello Kitty.



Para pecinta watak Hello Kitty nampaknya wajib datang ke China pada awal tahun baru.
Menurut laman web rasmi, "Hello Kitty Park" akan mengandungi lebih daripada 10 tarikan hiburan yang boleh dinikmati para pengunjungnya. "Hello Kitty Park" akan dibina dengan 6 arena yang berbeza. Masing-masing arena tidak hanya dihiasi dengan segala yang berkaitan dengan Hello Kitty, tapi juga pelbagai watak  Sanrio.

Watak tersebut antara lain adalah Hello Kitty (Hello Kitty s Home), My Melody (Melody Village), Keroppi (Happy Harbor), Badtz-Maru (Steam Kingdom) dan Monkichi (Spirit Forest). Sedangkan arena ke-6 adalah Friendship Plaza, di mana rencananya beberapa watak Sanrio ini akan berbaur di dalamnya.

Malangnya, lokasi mungkin menjadi salah satu kelemahan "Hello Kitty Park". Sebabnya, "Hello Kitty Park" dirancang akan dibina di Anji, Huzhou City, wilayah Zhejiang. Untuk mencapai lokasi ini, memerlukan masa kira-kira 3 jam dengan kereta jika ditempuh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai.

Sementara itu, harga tiket masuk ke "Hello Kitty Park" juga dijual dengan harga yang cukup mahal. Di hari biasa, tiket untuk orang dewasa dijual dengan harga 260 Yuan , sementara untuk kanak-kanak harganya 200 Yuan . Sedangkan untuk tiket di hari cuti dijual 320 Yuan  untuk orang dewasa dan kanak-kanak sebanyak 260 Yuan
.










0 Komentar untuk "Jom Saksikan Keindahan Taman Tema Hello Kitty."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info