Jom Saksikan Kehebatan Muzium Ini.
Amerika merupakan salah satu negara yang terkenal dengan tempat perlancongannya seperti Disneyland Universal Studio dan juga air terjun Niagara. Ternyata, Negeri Uncle Sam ini, juga mempunyai lokasi pelancongan sejarah unik dan selalu ramai dikunjungi pelancong.
Muzium Plimoth Plantation adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi jika kita pergi ke Amerika. Melalui muzium yang terletak di Massachusetts itu, semua pengunjungnya boleh berjalan-jalan bebas tanpa dipandu oleh pemandu arah .
Ada banyak pelakon sengaja berperanan sebagai masyarakat Plymouth dari Eropah yang berhijrah ke Amerika pada abad ke-17 di muzium ini. Pelancong dapat mempelajari bagaimana cara berternak, mengasuh anak dan memasak dari pelakon tersebut.
Selain masyarakat Plymouth, pengunjung juga boleh melihat kehidupan suku Wampanoag yang berlatar belakang abad ke-17. Bezanya, bukan pelakon yang akan memainkan peranan kehidupan suku tersebut, melainkan memang penduduk asalnya. Mereka akan dengan senang hati memberikan maklumat tentang sejarah, tradisi, muzik dan lain sebagainya.
Pengunjung juga dapat melihat dan menumpang kapal Mayflower II. Kapal ini sengaja dibuat dengan skala asli berdasarkan kapal Mayflower II yang dibuat 1957 silam. Pelancong dapat melihat sistem navigasi dan merasakan sensasi perjalan laut dengan kapal ini.
Muzium Plimoth Plantation juga menyediakan pawagam yang memainkan filem independent terbaik, seperti "Land Ho", "My Old Lady", "Lost Ark" dan masih banyak lagi lainnya. Tiket masuk untuk menyaksikan filem-filem tersebut dibanderol dengan harga US $ 9 , hingga US $ 12 .
Para pelancong dijamin akan berpuas hati dengan segala kemudahan hiburan dan edukasi yang ditawarkan Muzium Plimoth Plantation. Sayangnya, muzium unik yang ditubuhkan pada 1947 ini, hanya buka pada Mac hingga November sahaja.
0 Komentar untuk "Jom Saksikan Kehebatan Muzium Ini."