Beri Diskaun Pada Pengunjung Yang Botak.


 Sebuah hotel di Jepun memberikan diskaun bagi pengunjung yang botak . Hotel yang bertempat di Hokkaido, Sounkyo Mount View Hotel mempunyai alasan sendiri mengapa memberi diskaun kepada orang botak. 

Pengunjung yang botak  boleh diutamakan kerana dari segi  penjagaan hotel khususnya keadaan lebih cekap. Sebabnya, kerja membersihkan bilik mandi jadi lebih mudah tanpa adanya rambut yang menyumbat saluran pembuangan.

 Seperti yang diketahui, rambut yang kerap jatuh di bilik mandi akhirnya akan menyumbat saluran pembuangan. Sedangkan proses pembersihan memakan masa bagi pihak kebersihan hotel.

 Selain itu, idea diskaun ini tercetus oleh pengurus hotel itu sendiri yang juga botak. "Untuk orang botak sepertiku ini, proses pembersihan jadi lebih mudah," kata pengurus hotel. Pada 8 Ogos sudah terpampang tawaran diskaun di website rasmi Sounkyo Mount View Hotel. Untuk yang berkepala botak mendapat diskaun 500 Yen.




0 Komentar untuk "Beri Diskaun Pada Pengunjung Yang Botak."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info