Terdapat Jambatan Kuno Diantara Kedua dua Buah Negara



Pesawat ulang-alik NASA telah berjaya menemui sebuah jambatan purba yang menghubungkan India dan Sri Lanka. Jambatan itu dianggarkan telah berumur 1.750.000 tahun dan sekaligus meneguhkan catatan yang terdapat dalam kitab kuno Ramayana.

Untuk saat ini, jambatan itu diberi nama Jambatan Adam. Jambatan misteri itu terbuat dari sekumpulan beting laut sepanjang 30 km di selat palk antara India dan Sri Lanka.


Dari bentuk dan komposisinya, para saintis menyimpulkan bahawa jambatan itu dibuat oleh manusia dan bukan terjadi kerana sebab alam. Legenda dan juga arkeologi menunjukkan bahawa manusia sudah mendiami Sri Lanka sejak 1,750,000 tahun yang lalu, sama dengan anggaran umur jambatan itu.




Penemuan jambatan ini juga merupakan aspek kritikal bagi peneguhan legenda misteri yang disebut Ramayana yang diperkirakan terjadi pada zaman Tredha Yuga, lebih dari 1,700,000 tahun yang lalu. Di dalam epik Ramayana, disebutkan bahawa sebuah jambatan dibina antara Rameshwaram (India) dan pantai Srilanka dibawah pengawasan Rama yang merupakan penjelmaan ke-18 dari Krisna.


Maklumat ini mungkin tidak begitu penting bagi para arkeologi, namun paling tidak boleh membuka gerbang spiritual bagi masyarakat dunia yang ingin mengetahui sejarah yang berkaitan dengan mitologi India.
0 Komentar untuk "Terdapat Jambatan Kuno Diantara Kedua dua Buah Negara"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info