Makanan Ini Berasap Seperti Nafas Naga.



Makanan manis ini boleh membuat nafas anda jadi berasap begitu banyak seperti naga.

Sesuai dengan kesan yang ditimbulkannya, makanan ini mempunyai nama 'Dragon' s Breath ' seperti nafas naga.

Makanan berwarna warni ini terbuat dari bulatan bijirin yang disalut oleh nitrogen cair. Nitrogen cair inilah yang mencipta kesan berasap pada mulut.

Walaupun makanan ini langsung disukai oleh banyak orang, namun anda tetap perlu berhati-hati.

Sebabnya, nitrogen cecair boleh menyebabkan anda mengalami 'cold burn' seperti terbakar sejuk. Rasanya seperti tersengat rasa panas kerana sesuatu yang sangat sejuk.





Makanan ini boleh dinikmati dengan selamat ketika nitrogen sudah masuk dalam bentuk zat, bukan cair lagi.

Jadi, jangan pernah menyentuh atau memakan nitrogen yang cair. Di gerai-gerai yang menjual makanan ini juga sudah dipasang tanda peringatan.

Jika ingin selamat dari cold burn, anda memang perlu mematuhi larangan  itu.

Walaupun sedikit membahayakan dan mengerikan, makanan ini tetap saja terlihat menarik ketika dimakan.

Dragon 's Breath ini juga muncul dengan berbagai macam variasi sos celupan.Jom saksikan video berikut ini:


0 Komentar untuk "Makanan Ini Berasap Seperti Nafas Naga."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info