Najis haiwan memang mempunyai manfaat bagi manusia , misalnya dibuat untuk bahan baja . Namun kali ini najis dari gajah digunakan untuk pembuatan kertas . Projek aneh ini dilakukan oleh Tim Husband , yang sebelumnya bekerja sebagai penjaga zoo di Australia .
Projek ini dirancang akan diadakan di Bali Safari and Marine Park . Dari kaji selidik diperoleh maklumat bahawa gajah - gajah di sana setiap ekor menghasilkan najis sekitar 100 kg sehari . Dan menghabiskan rumput sebanyak 180 kg sehari . Projek ini akan memanfaatkan bantuan dari penduduk sekitar , terutama dalam pengumpulan najis .
Seperti disiarkan di International Business Times , untuk menghasilkan 15 kertas berkualiti tinggi memerlukan satu timbunan najis gajah . Kaedah kitar semula najis menjadi kertas yang bermanfaat ini tidak hanya berlaku untuk najis gajah saja , tetapi boleh dipakai untuk haiwan pemakan rumput lain .
Di tahun 2005 , Creative Paper Tasmania sudah berjaya untuk mengubah najis kanggaru menjadi kertas dan alat tulis lain . Najis gajah tidak menghancurkan seluruh dedaunan yang mereka hadamkan , sehingga najis yang mereka keluarkan masih banyak mengandung serat . Dan serat - serta tersebut yang akan dibuat sebagai bahan asas kertas . Huraian ini menunjukkan bahawa mengubah najis haiwan menjadi kertas bukanlah usaha mustahil .
Keterangan yang diungkap oleh Ecology Global Network , penggunaan najis haiwan menjadi kertas akan menyumbang dalam penyelamatan lingkungan khususnya hutan . Keperluan kertas dunia mengalami peningkatan luar biasa , sebanyak 400 peratus dalam kurun waktu 40 tahun . Bermakna telah berlaku penebangan hutan sekitar 4 bilion pokok , atau kira - kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan hutan di dunia .
Jom saksikan video menarik ini:
0 Komentar untuk "Kertas Diperbuat Dari Najis Gajah."