Puerto Princesa adalah merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia yang baru selain daripada hutan Amazon, Halong Bay, Waterfall Iguazu, Pulau Komodo dan Table Mountain Africa. Menariknya Taman Negara Puerto Princesa ini menempatkan sungai bawah tanah terpanjang di dunia sepanjang 8.2km.
Tarikan utamanya adalah 8.2 kilometer panjang sungai bawah tanah sebelum terus ke Laut China Selatan.
Sungai bawah tanah Taman Negara Puerto Princesa, adalah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak kira-kira 50 kilometer ( 30 batu) ke utara pusat bandar Puerto Princesa, Palawan , Filipina.
Puerto Princesa Underground River National Park adalah kawasan biodiversiti yang paling penting di Filipina. Ia mempunyai landskap kars dan batu kapur yang menakjubkan yang terdiri daripada 8.2 km sungai bawah tanah.
Aspek menakjubkan sungai ini adalah bahawa ia akan mengalir terus ke dalam laut dan bahagian bawah air sungai adalah air masin dan tertakluk kepada pengaruh pasang surut air .
0 Komentar untuk "Jom Saksikan Keindahan Sungai Bawah Tanah Terpanjang di Dunia."