Inilah Pakaian Seragam Paling Seksi di Dunia.


Kerajaan Rusia sangat marah  kepada pihak polis mereka. Penyebabnya para anggota polis  mereka mengikuti trend dan mengaplikasikannya pada pakaian dikenakan mereka ketika  bekerja. Oleh kerana itu dikuatkuasakan peraturan baru demi mengatasi masalah indisipliner ini.

Wakil Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Gerasimov pada 27 Jun 2014 merasa geram ketika melihat polis lelaki memendekkan lengan baju mereka dan petugas wanita memakai
mini skirt . "Mereka contoh tidak benar dalam mengenakan seragam. Ketua polis negara     harus lebih memperhatikan penampilan mereka," Gerasimov menegaskan.


Gerasimov menegaskan penampilan merupakan perkara pertama dinilai oleh masyarakat, kedua baru memenuhi tugas. Sangat penting memperlihatkan penampilan rapi dan sopan.

Oleh kerana itu, Presiden Vladimir Putin membuat peraturan melarang polis mengikuti trend dalam fesyen kerja mereka. Ketua polis  juga diharuskan memeriksa pakaian seragam setiap hari dan memastikan sudah sesuai dengan ketentuan.



Namun banyak kaum lelaki menyayangkan peraturan ini. Menurut mereka skirt pendek polis wanita menjadi pemandangan indah tersendiri saat melawat Ibu Kota Moscow dan boleh menarik ramai pelancong asing ke Rusia. 



0 Komentar untuk "Inilah Pakaian Seragam Paling Seksi di Dunia."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info