Membina Tempat Berlindung Semasa Dunia KIAMAT.
Bekas tukang paip Colin Furze mempunyai mimpi membina sebuah tempat rahsia sejak masih kecil. Maka dari itu, dia menghabiskan dua bulan untuk membina sebuah tempat rahsia DIbawah tanah selebar 4.9 mx 6 m.
Colin membina kubu ini di laman belakang rumahnya dan menyembunyikan jalan ke sana di dalam gudang. Kubu yang dibina ini berfungsi secara penuh dengan dilengkapi generator pembekal air dan disalut 60 meter padu konkrit.
Di dalamnya terdapat dapur, kawasan bermain, TV skrin rata, drum, permainan video dan juga tempat tidur, sementara tandas tidak mempunyai privasi. Tempat ini menawarkan sebuah perlindungan penuh dari dunia luar.
Ini merupakan sebuah mimpi yang tepat untuk dibina," ungkapnya. "Seseorang menanyaiku apa yang akan aku lakukan jika dunia akan berakhir dalam 34 hari, jadi aku mengatakan akan membina kubu."
Perkara itu lah yang kemudian membuat Colin memutuskan untuk mewujudkannya di laman belakang rumah. Dia pun mula melakukan penggalian dan melapisinya dengan konkrit. Pihak berkuasa tempatan pun telah memberikan izin mengenai pembangunan tempat ini.
"Orang-orang mempunyai idea tetapi tidak mempunyai masa untuk membuatnya nyata dari sana lah aku berasal," katanya lagi. "Aku mendedikasikan hidupku untuk membuat sesuatu yang ingin dilihat kita semua."
0 Komentar untuk "Membina Tempat Berlindung Semasa Dunia KIAMAT."