Guna Gigi Sendiri Sebagai Cinicin Pertunangan.
Seolah-olah tidak ada kata yang boleh mendefinisikan betapa cintanya Lucas Unger pada kekasihnya. Lelaki berasal dari California ini rela melakukan perkara yang aneh dan boleh membuat semua orang yang mendengarnya menjadi ngilu.
Lucas mencabut gigi gerahamnya untuk dipersembahkan pada Carlee Leifkees sebagai cincin tunang. Keduanya telah rasmi mengikat janji tepat pada masa Halloween Sabtu (31/10) lalu untuk dipertanggungjawabkan di pelaminan.
Idea yang melampau itu telah dirancang Lucas dan Carlee sejak lama. "Ketika kami berbual tentang itu, aku kata bahawa berlian itu biasa saja. Aku tidak memerlukan itu untuk membuktikan seseorang benar-benar mencintai saya," ujar Carlee pada BuzzFeed.
Ternyata, gigi geraham itu memang telah dicabut sejak Lucas masih kecil dan disimpan oleh ayahnya hingga kini menjadi milik Carlee. Perempuan bertato ini pun mengaku sangat bangga dengan cincin pertunangan yang lain daripada yang lain ini.
"Ini hampir seperti pertandingan untuk melihat cincin siapa yang terbesar dan tunang siapa yang paling cinta," kata Carlee. "Dan di sinilah aku dengan cincin unik yang pernah aku lihat sepanjang hidupku! Apa ertinya berlian untuk hubungan seseorang? Aku punya gigi suamiku di jariku."
0 Komentar untuk "Guna Gigi Sendiri Sebagai Cinicin Pertunangan."