Tidak hanya kanak-kanak sahaja, ibu bapa pun kadang-kadang boleh juga berbuat salah. Inilah yang dilakukan oleh gadis kecil bernama Brianna. Ia memarahi ayahnya sendiri kerana menurutnya ayahnya mempunyai perilaku yang buruk.
Brianna ingin menunjukkan bahawa kanak-kanak juga boleh didengar dan boleh marah jika ayahnya tidak memberi perhatian dengan apa yang dikatakannya. Tindakan yang sedang memarahi ayahnya dirakam oleh ayahnya dan disebar di internet.
Tidak dapat tidak, video tersebut terus mencuri perhatian netter. Video ini menjadi sensasi online dan berjaya ditonton oleh ribuan orang sejak dimuat naik pada Selasa yang lalu.
Dalam video itu, Brianna nampak marah kerana ayahnya menanyakan soalan yang sama selama empat kali dan tidak mahu mendengar jawapannya. Gadis kecil ini bahkan menyuruh ayahnya untuk keluar dari bilik.
Ayahnya pun meminta maaf. Walaupun demikian, Brianna dengan tegas mengatakan bahawa maaf saja tidak cukup. "Tidak ada maaf. Jangan bercakap seperti itu padaku. Tidak ada kata maaf!" katanya dengan nada tinggi yang comel.
Perkara ini tentunya terus membuat ayahnya tertawa dan berulang kali mengatakan bahawa ia menyayangi anak perempuannya. "Ini tidak lucu. Aku tidak main-main," katanya. "Aku tidak tahu apa ayah menyayangiku. Ayah tidak menyayangi sesiapa kecuali dirimu sendiri."
Jom saksikan aksi comel Brianna saat sedang memarahi ayahnya:
0 Komentar untuk "Budak Ini Marah Ayahnya Kaw kaw."