Ular Aneh Punyai Kaki.


Ular, sejauh yang kita tahu, biasanya bentuknya memanjang, tidak berkaki, dan termasuk pada golongan karnivor. Mereka sangat mengancam kehidupan haiwan lain, dan beberapa jenis diantaranya sangat berbahaya.

Itulah mengapa sebabnya, kebanyakan dari kita takut dan tidak berani menyentuhnya.

Baru-baru ini di Filipina, didapati seekor ular misteri yang mempunyai kaki. Ular pelik ini, dijumpai oleh Norberto Gambol, seorang penduduk kampung Olango, di rumahnya, yang terletak di Mailig, Isabela, Filipina.

Penemuan tidak terduga itu, berawal ketika Norberto sedang membersihkan rumahnya. Tiba-tiba dirinya melihat, seekor ular merayap di lantai. Ular itu kemudian masuk kedalam kotak. Kerana terperangkap di dalam kotak, Norberto, dengan mudah dapat membunuh ular tersebut.

Saat mengambil ular tersebut, Norberto melihat ada yang luar biasa dengan bentuk ular itu. Sepasang kaki terlihat ada di badan ular.

Sejak saat itu, para jirannya menjadi gempar, mereka menyebarkan berita keanehan ular itu. Banyak penduduk yang berkhayal dan mengatakan pelbagai teori tentang asal-usul ular itu.

Ada yang mengatakan jika kemunculan ular itu adalah tanda-tanda kiamat. Sementara khabar lain mengatakan jika, ular tersebut mempunyai kaki kerana mutasi genetik.

Kaki pada ular itu kelihatan seperti kaki cicak atau iguana. Menurut saintis perhutanan, Arnold Frogoso dari Penro, Isabela berkata, jika memang ular itu mempunyai kaki kerana mutasi genetik.

Mutasi genetik merupakan perubahan besar makhluk hidup. Mutasi ini disebabkan kerana kerosakan DNA, yang tidak boleh diperbaiki, biasanya perkara ini disebabkan kerana sinaran atau mutagen kimia, kesalahan dalam proses pembentukan gen. Berikut, video ular berkaki misteri, yang telah ditonton 1.2 juta orang lebih.





Mutasi genetik ini juga dipengaruhi dari faktor luar, seperti alam sekitar. Perkara ini terjadi jika terdapat perubahan yang drastik terhadap habitat yang memaksa gen untuk berubah dan menyesuaikan diri untuk tetap bertahan hidup.

Terkadang, zat-zat tertentu yang digunakan oleh sebuah organisma juga boleh merangsang perubahan sifat gen ini.

Norberto, kemudian mengawetkan ular aneh ini di dalam botol, dengan diberi formalin. Banyak orang yang datang ke rumahnya untuk melihat ular itu.

Pada tahun 2009, di China, juga didapati seekor ular berkaki, oleh seorang penduduk yang bernama Duan Xiongxiu (66), ular ini mempunyai 2 kaki dengan jari-jari kecil, dengan panjang 40 cm.




0 Komentar untuk "Ular Aneh Punyai Kaki."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info