Sudah Berkahwin Tapi Boleh Dating Orang Lain.


Poligami masih merupakan hal yang cukuppanas di Malaysia, walaupun beberapa keluarga telah menjalankan sistem perkahwinan tersebut. Sebagai bukti, orang-orang yang menjalankan sistem poligami cenderung akan menerima penolakan dari masyarakat luas. Perkara ini boleh kita lihat dari beberapa public figure yang menjadi bahan perbincangan selepas mereka berkahwin dengan lebih dari satu wanita.

Dikutip dari dailymail.co.uk, poligami bukanlah lagi perkara yang senang bagi keluarga yang terdiri dari Adam, Brooke dan Jane (nama disamarkan). Mereka telah sepakat bahawa perkahwinan yang mereka jalani bersifat bebas dan tidak terlalu mengikat. Masing-masing dari mereka membenarkan dan dibenarkan untuk dating dengan orang lain, dan dibenarkan untuk berkahwin lagi jika itu yang dikehendaki.



Dulunya, keluarga ini hanyalah keluarga monogami yang terdiri dari Adam dan Alexandra. Tapi apabila berlaku perselisihan pendapat antara mereka berdua, kisah keluarga mereka mula berubah. Saat itu Adam sudah ingin mempunyai kekasih gelap, tapi Alexandra mengatakan bahawa dirinya belum siap untuk hal itu. Setelah saling berunding, akhirnya mereka berdua memutuskan untuk saling berfikir dan bersikap terbuka.

Adam mencadangkan bahawa mereka berdua boleh menjalin hubungan atau dating dengan orang lain. Menurutnya, inilah satu-satunya penyelesaian untuk menyelesaikan masalah mereka. Setelah berfikir, Alexandra pun bersetuju dengan cadangan tersebut
.



Adam kemudian menjalin hubungan dengan beberapa wanita lain, dan Alexandra dengan lelaki-lelaki yang disukainya. Namun suatu ketika, Alexandra mengenalkan teman dekatnya yang bernama Brooke pada Adam. Ia menyuruh suaminya tersebut untuk dating dengannya. Adam pun bersetuju dan mula mendekati Brooke. Lama-kelamaan, Adam ternyata semakin jatuh cinta dengan sahabat isterinya tersebut. Tidak berselang lama kemudian Alexandra memutuskan berpisah daripada Adam dan ingin hidup dengan lelaki yang dicintainya. Adam pun mengiyakan dan berkahwin dengan Brooke.



Brooke sebenarnya mahukan perkahwinan poligami. Namun Adam yang sudah terbiasa bebas, tidak mahu mengehadkan diri hanya dengan satu pasangan. Akhirnya mereka sepakat untuk mencari satu lagi pasangan, dan mereka memilih seorang wanita jurugambar berasal dari Rusia bernama Jane.




Brooke yang telah mempunyai anak lelaki berusia 5 tahun bernama Oliver, kini baru saja melahirkan bayinya yang diberi nama Dante. Mereka bertiga sebelumnya bingung bagaimana memberitahu anak-anak tersebut tentang ibubapa mereka. Namun kini Adam dan isteri-isterinya telah mencari penyelesaian yang terbaik. Adam, Brooke dan Jane juga mengatakan bahawa kini kini mereka merancang untuk mencari pihak keempat dalam hubungan mereka.




Perkahwinan yang dijalani ketiga orang ini memang luar biasa  Tapi jika masing-masing ahli keluarga dapat menerima dan ternyata mereka bahagia, hal apa lagi yang perlu mereka risaukan?


0 Komentar untuk "Sudah Berkahwin Tapi Boleh Dating Orang Lain."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info