Kawasan Perkuburan Paling Luas.
Wadi Us-Salaam (Lembah Damai) terletak di Najaf, Iraq, adalah tanah perkuburan terbesar di dunia yang merangkumi kawasan seluas 1.485,5 hektar dan terdapat berjuta-juta kubur. Tempat ini adalah simbol iman Syiah, yang menyatakan bahawa jiwa lelaki dan wanita yang setia akan berehat di sana, tidak kira di mana tubuh mereka dikuburkan.
Wadi Us-Salaam terletak di dekat tempat suci Imam Ali bin Abi Talib, Imam pertama dari ajaran Syiah. Sudah menjadi kebiasaan, semua pengikut Syiah meminta untuk dikebumikan di lokasi tersebut. Dianggarkan 500,000 mayat dikebumikan di sini setiap tahun. Kerana kehadiran militia Iraq di lokasi itu, maka perkuburan dijaga ketat oleh tentera.
0 Komentar untuk "Kawasan Perkuburan Paling Luas."