Hotel Bina Patung Gozilla Gergasi.
Disember 2014 yang lalu, sebuah hotel di Jepun berjanji akan menghadirkan "keganasan" dengan membuat patung kepala raksasa Godzilla . Patung raksasa berukuran 12 meter ini dirancang akan ditempatkan di Shinjuku, Tokyo, tempatnya di Hotel Gracery.
Khabar baiknya, Hotel Gracery akhirnya menepati janji mereka dengan menyelesaikan patung kepala raksasa Godzilla tersebut. Baru-baru ini, hotel tersebut dengan rasminya membuka bilik untuk Godzilla View Rooms yang akan menghadirkan kengerian Godzilla.
Dalam salah satu bilik untuk Godzilla View Rooms, pengunjung disajikan pemandangan wajah Godzilla dari jarak yang sangat dekat. "Keganasan" pun boleh terus terasa apabila melihat pose Godzilla yang seakan siap menerkam dengan gigi tajamnya. Sesuai janji mereka, Hotel Gracery meletakkan lampu pada mata, serta mulut Godzilla yang sudah disetting agar boleh mengaum secara berkala.
Selain itu, ada pula bilik yang memaparkan kengerian Godzilla lain. Bagaimana tidak, sebuah tangan Godzilla raksasa sengaja dibina di dinding bilik yang berada di tingkat 30 tersebut.
Yang lebih unik lagi adalah bahagian lantai Hotel Gracery. Tak seperti hotel lain yang berlantai polos, lantai di tempat ini justru memaparkan pemandangan bandar Tokyo dari ketinggian. Tampak api sedang membaham bandar di Negeri Sakura itu.
Seakan tak cukup hanya dengan itu, Hotel Gracery juga menawarkan sovenir bertema Godzilla seperti kecil dan beg. Ada pula makanan penutup dengan tema sama yang boleh ditempah di restoran di tingkat 8. Makanan penutup itu sendiri terlihat menggiurkan sekaligus mengerikan, memandangkan ada lelehan "lava" gunung berapi yang ternyata dibuat dari sos strawberi.
0 Komentar untuk "Hotel Bina Patung Gozilla Gergasi."