Negeri China tidak hanya mempunyai Gelandangan Tampan dan Seksi yang bernama Cheng Guorong , gelandangan yang tiap hari melayari jalan Ningbo, sebuah bandar di timur China untuk mencari makanan atau mengais sampah mencari botol plastik dan puntung rokok.
Meskipun 'pengotor', Cheng tampil penuh gaya. Dengan rambut kusut, janggut tipis dia sering tampil memakai mantel kulit sintetik dan potongan kain warna terang yang dijalin sebagai tali pinggang.
Lain hari, Cheng mengenakan kot hitam, dipadu kalung rantai, ditambah pita di rambutnya gaya yang boleh membuat orang menoleh kagum, atau sekurang-kurangnya tersenyum ketawa.
Namun, hidup Cheng berubah mendadak selepas seorang jurugambar amatur memuat naik foto-fotonya di internet.Dalam sekejap, tulang pipinya yang menonjol dan pakaian ala 'bohemian' yang dikenakannya menarik hati sekumpulan pengguna dunia maya yang memplokamirkan diri sebagai peminatnya.
Cheng jadi fenomena. dia lantas digelar 'Gelandangan China Terseksi' atau disebut dengan gelaran 'Brother Sharp' - yang berkaitan dengan prestasi beliau yang menarik dan pakaian yang menarik.
"Wow, lelaki ini tampan. Lihat kerutan di keningnya. Tidak ada yang perlu diragukan, lelaki ini sangat seksi, "kata salah satu dari ribuan peminat di laman Tianya - sebuah forum internet di China.
Cheng kali pertama menjejakkan kaki di Ningbo pada 1996 untuk mencari pekerjaan. Awalnya dia berjaya dalam kerjayanya, dan mempu menghantar wang untuk isteri dan dua anak lelakinya.Malangyang dialami Cheng ketika wang simpanannya dirompak, dia dibuang dari pekerjaannya, dan harus hidup di jalanan.
Malu kerana tidak mampu menyara anak-anaknya, Cheng tidak menghubungi keluarganya selama bertahun-tahun.Hilang kenalan dengan Cheng, keluarganya sempat mengira dia mati, sehingga mereka melihat fotonya di internet Januari lalu.
Saat akhirnya kembali ke rumah, khabar duka menerpa Cheng, ayah dan isterinya terbunuh dalam sebuah kemalangan lalu lintas tahun lalu.Para fans-nya tidak menutup mata. Mereka menyumbangkan wang sebanyak 100,000 yuan a untuk membantu Cheng.
Tidak hanya itu, tawaran tampil di iklan, juga jadi model catwalk di Foshan mengalir.Bahkan, seorang penerbit filem China, Deng Jianguo mengumumkan akan membuat filem yang diilhamkan kisah hidup Cheng. Proses shutingnya akan bermula .
"Ini adalah kisah yang sedih, namun berakhir dengan kebahagiaan, sebuah perjumpaan keluarga," kata salah satu keluarga Cheng, seperti dimuat laman Telegraph.Aktor popular Hong Kong, Carl Ng dirancang akan memegang watak Cheng, meskipun dia dianggap 'terlalu tinggi'.
Skrenario filem ditulis sepupu Cheng. Filem ini akan ditayangkan di pawagam-pawagam Tahun Baru China mendatang.Bagaimana nasib Cheng? Kini dia kembali tinggal di kampung halamannya, sebuah bandar kecil di dekat Nanchang Wilayah Jiangxi - sebagai selebriti baru.
popular post
-
Jepun – Video seekor kucing memakai kostum monyet menjadi viral di internet dan mendapat 6.7 juta tontonan dalam masa dua hari selepas ...
-
Amerika Syarikat – Sebuah kabin di puncak awan menjadi tempat rahsia untuk pelancong bermalam pada ketinggian lebih 2,100 meter dari pa...
-
Di musim gugur, bermakna banyak daun kering berjatuhan ke tanah yang akan membuat orang sibuk untuk menyapu membersihkannya. Membakar dau...
-
Sunland Baobab merupakan sebatang pokok Baobab yang sangat terkenal di Afrika Selatan. Ia dianggarkan berusia 6000 tahun! Pokok ini mempu...
-
Banyak gadis-gadis zaman sekarang bercita-cita untuk menjadi seperti boneka Barbie kegemaran mereka. Lain halnya dengan Katie Lawrence, g...
-
Tidak sedikit orang yang enggan memakan sayur kerana rasanya yang kurang sedap atau bahkan pahit. Namun penampilan cantik salad sayur has...
-
Nenek Shirley Andrews, 80 tahun digelar sebagai Ratu S3ks sebab telah meniduri lebih daripada 1,000 lelaki dan membintangi sejumlah film ...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info



0 Komentar untuk "Geladangan Paling Hensem di Dunia."