Bayi Maut di Belasah Budak 10 Tahun.



CHO
NQING, China - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilihat memukul dan menendang seorang bayi lelaki berusia 18 bulan di dalam lif sebuah apartmen di sini.

Kejadian itu yang dirakam kamera keselamatan lif berkenaan menimbulkan kemarahan penduduk tempatan selepas ia tersebar di internet.

Penduduk setempat yang berang dengan kejadian itu menggelarkannya sebagai "Budak Syaitan".

Rakaman bertarikh 25 November itu menunjukkan ibu kanak-kanak malang itu sedang menolak basikal mainan anaknya keluar dari lif berkenaan.

Namun, dia tidak menyedari bayi itu tertinggal di dalam lif bersama budak perempuan tersebut yang tiada pertalian keluarga dengannya. 


                                              
jom layan video ngeri ini :

 
 
Budak perempuan itu kemudian membelasah dan menendang mangsa sebelum dia mengangkat bayi tersebut dan mencampakkannya dari sebuah balkoni di tingkat 25 bangunan apartmen berkenaan.

Bayi lelaki malang itu kemudiannya ditemui di tingkat bawah apartmen berkenaan dalam keadaan parah sebelum meninggal dunia di sebuah hospital.

Pihak polis di sini memberitahu, kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana masih di bawah umur. - Agensi

Related Post

  • Penemuan Ular Berkaki 4  Penemuan mengejutkan baru saja dirungkai para saintis. Mereka telah mendapati bahawa beratus-ratus tahun lalu, …
  • Make Up Unta Korban Untuk Dijual Peniaga mengukir bulu unta di sebuah pasar haiwan korban di Karachi, Pakistan . Peniaga sengaja mengukir bulu unta de…
  • Ular Sawa Paling Panjang di Florida Seekor ular sawa Burma gergasi telah ditangkap di Everglades National Park, Florida. Saiz besarnya ular tersebut, sep…
  • Sungai Seakan Naga Sebuah  sungai Odeleite yang berada di Portugal, tengah menjadi perbincangan hangat di kalangan pengguna interne…
  • Gua Ini Bercahaya Kerana Cacing Seorang jurugambar merakam gambar menakjubkan cacing bercahaya di dalam sebuah gua di Pulau Utara di sini.Cacing berc…
0 Komentar untuk "Bayi Maut di Belasah Budak 10 Tahun."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info