Penemuan Tengkorak Kuda Bertanduk Satu.


 Kuda mistik bertanduk satu dalam legenda yang dikenali sebagai unicorn telah lama diyakini keberadaannya. Namun baru beberapa waktu yang lalu salah satu bukti keberadaannya dijumpai.

Seekor haiwan mirip unicorn telah berjaya ditembak di Slovenia. Dari sisa tengkorak unicorn Slovenia itu benar-benar kelihatan apabila haiwan itu hanya bertanduk satu. Foto tengkorak unik itu sendiri akan muncul di salah satu majalah sains terkenal di Slovenia bulan Disember nanti, Daily Mail .

Namun dari pecakapan  pemburu yang menembak dia di daerah Celje, tengkorak itu berasal dari sebuah rusa bukanlah seekor unicorn. Ya, cukup aneh memang, tetapi fakta tersebut juga dipersetujui oleh saintis Slovenia, Bostjan Pokorny.




Berdasarkan kajian lanjutan, dia menyatakan bila rusa 'unicorn' tersebut mengalami kemalangan semasa muda yang akhirnya membuat bakal tanduk yang seharusnya berkembang menjadi dua buah tergabung menjadi satu.

Dr. Pokorny selaku pembantu pengarah dari pusat penyelidikan ekologi Erico Velenje mengaku bila kes tumbuhnya tanduk rusa menjadi satu tergolong perkara yang sangat jarang berlaku, dan belum pernah dia lihat sebelumnya.

"Dalam kes ini, seekor rusa jantan yang sangat unik dan menarik mempunyai dua buah tanduk yang seharusnya berasingan, tumbuh menjadi satu dengan saiz yang lebih besar," katq Dr. Pokorny.

Walaupun akhirnya kewujudan dari unicorn belum terungkap, ahli biologi bernama Kip Adams menyatakan bila tanduk rusa sebenarnya adalah perkara yang tidak kalah menakjubkan daripada unicorn sendiri. Sebab, sel-sel yang membentuk tanduk rusa adalah sel tulang dengan kelajuan tumbuh tertinggi di antara mamalia di bumi.

Tanduk-tanduk yang hanya terdapat pada rusa jantan itu akan tumbuh saat rusa menghabiskan banyak masa di bawah sinar matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari yang tinggi boleh membuat rusa jantan mengeluarkan hormon testosteron dalam jumlah besar yang membuat tanduk mereka tumbuh.

Uniknya, seekor rusa memerlukan masa enam bulan untuk membuat tanduknya mengeras. Selama itu, tanduk mereka masih sensitif dan lembut. Oleh sebab itu, Dr Pokorny berpendapat bila tanduk rusa 'unicorn' tadi secara tidak sengaja bergabung menjadi satu akibat kemalangan semasa masih lembut dan tidak boleh kembali seperti semula.
0 Komentar untuk "Penemuan Tengkorak Kuda Bertanduk Satu."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info