Lelaki Ini dah 2 Kali Kahwin Dengan Pokok.


Seorang pelakon dan aktivis alam sekitar berasal dari Peru, Richard Torres, dilaporkan telah berkahwin dengan pokok untuk kedua kalinya dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah alam sekitar  kepada manusia di seluruh dunia.

Torres dan isteri pokoknya mengikat simpul pada upacara perkahwinan rasmi yang diadakan di Taman Negara Bogota pada akhir November lalu. Upacara rasmi yang dia adakan itu merupakan usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar, demikian seperti yang disiarkan oleh NBC.

Selepas upacara simbolik yang ditandakan dengan meletakkan buah di bawah pokok sebagai tanda persembahan, Torres kemudian mengatakan bahawa dia berharap orang-orang diseluruh dunia dapat membuka kesedaran, kepedulian, dan lebih memperhatikan masalah lingkungan hidup di seluruh dunia.


Pelakon terkenal Amerika Latin yang saat ini tengah melakukan misinya di negara Colombia ini, juga menyeru kepada orang orang Colombia untuk lebih peduli terhadap persekitaran hijau di tempatnya. Selain itu, dia juga meminta kepada kerajaan Colombia agar berjanji untuk terus menyebarkan mesej ini kepada negara-negara Amerika Latin yang lain.

Di akhir acara, Torres juga memberikan sebuah pesan khusus kepada para pemberontak dari Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia, agar beralih kepada menanam pokok daripada melakukan keganasan dan perang yang akan membawa kesan negatif bagi lingkungan serta masa depan umat manusia.

Ini adalah upacara perkahwinan pelik kedua bagi Torres, selepas tahun lalu ketika dia berkahwin dengan pokok di Buenos Aires, Argentina.



0 Komentar untuk "Lelaki Ini dah 2 Kali Kahwin Dengan Pokok."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info