Kalau Mamat Ni Menyanyi Pasti Wanita Ini Kekejangan.


Seorang wanita  bernama Zoe Fennessy (26) menderita penyakit yang sangat aneh dan pelik. Sebabnya, wanita  yang berasal dari Retford, Nottinghamshire mengalami kekejangan setiap kali ia mendengar lagu-lagu milik Ne-Yo.

Sebagaimana disiarkan Mirror, Zoe pertama kali mengalami kekejangan pada tahun baru 2006. Pada masa itu, doktor menyatakan bahawa ia mengalami keletihan dan tekanan. Hairannya, setelah beberapa lama keadaan Zoe tidak kunjung baik.


 Ia justru mengalami kekejangan hingga enam kali dalam sehari sehingga doktor akhirnya menyarankan agar ia menjalani pemeriksaan otak pada tahun 2008. Hasil pemeriksaan itu pun menunjukkan bahawa ia menderita epilepsi.

 Namun demikian, Zoe baru didiagnosis mengalami kejang musikogenis yang hanya dicetuskan oleh nada suara Ne-Yo beberapa tahun kemudian.

 Ia juga baru benar-benar menyedari bahawa penyakitnya secara khusus hanya disebabkan oleh Ne-Yo saat lagu Give Me Everything Ne-Yo dan Pitbull berada di puncak tangga lagu pada bulan Mei 2014.

 Apa daya, ia pun akhirnya harus  memakai earphone setiap kali ia pergi membeli-belah untuk berwapada. Jika tidak, ia nantinya akan mengalami kejang selama 15 saat dan selepas itu ia akan muntah, sangat haus, dan mengantuk yang luar biasa .


Akibat penyakit aneh yang dideritanya, Zoe harus berhenti dari pekerjaannya sebagai pembantu kesihatan selama kira-kira enam bulan. Ia sempat dirujuk ke Royal Hallamshire Hospital di Sheffield dan menjalani pembedahan bahagian lobus temporalis kiri di otaknya yang diyakini menjadi asal-usul kejangnya. 


Malangnya, pembedahan selama enam jam pada bulan Jun lalu itu hanya mengurangkan gejala epilepsinya saja, bukannya menyembuhkan penyakitnya. Alhasil, seiring bertambah berjayanya Ne-Yo, ia pun harus rela jika tiba-tiba penyakitnya berulang.
0 Komentar untuk "Kalau Mamat Ni Menyanyi Pasti Wanita Ini Kekejangan."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info